smsjmost.jpg (8373 bytes)

LINK

Index, Ahli, gambar, memori, karyatips, perancangan

Disclaimer

TIPS

Tips mudah menjaga komputer anda.

Bagaimana mencari/membuat duit di internet?

Bagaimana membina 'website' yang menarik dan dengan cara yang mudah?


Tips mudah menjaga komputer anda.

- Jangan gunakan komputer anda sewaktu hujan lebat (kilat) dan keadaan elektrik yang tidak stabil (tanda2 elektrik tidak stabil :  lampu berkelip-kelip atau AVR anda sering berbunyi). Kesan - Monitor dan power supply mudah terbakar.

- Gunakan perisian penjagaan komputer untuk memudahkan anda bagi mencari dan membaiki kerosakan sistem perisian anda. Contoh perisian : Norton Utilities 3.04, Quaterdeck Cleansweep 4.0 Deluxe, Oil Change (update), Nut n Bolt , Firt Aid 98 dan banyak lagi.

- Elakkan penggunaan sebarang bahan yang mengandungi tarikan elektromagnet berdekatan dengan casing anda terutamanya dikawan cakera keras.

- Untuk membersihkan komputer, monitor dan sebagainya, jangan gunakan air. Gunakan pencuci seperti GIF dengan kuantiti yang agak sedikit. Pastikan plug telah dicabut terlebih dahulu. Tunggu hingga ia kering, baru boleh digukan. JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN BAHAN BASAH, TERUTAMANYA DI KAWASAN YANG MEMPUNYAI LUBANG (BAHAGIAN ATAS MONITOR, BELAKANG CASING)

- Defrag dan scan komputer anda mengikut kesesaian. Jika anda selalu  mengambah dan mengrangkan perisian, lakukan 'defrag' seminggu sekali. Jika anda menggunakan Norton Utilities 3.0, gunakan Norton WinDoctor untuk mencari kerosakan registery pada komputer anda dan melakukan pembaikan secara automatik.

BACK TO TOP

Bagaimana mencari/duit di internet? (Program Affiliate)

Webmaster bukan sekadar menyediakan website untuk suka-suka, namun mereka meletakkan 'banner' atau link khas ke website jualan langsung lain dengan harapan para pengunjung akan mengunjungi dan membeli sesuatu daripada 'sponsor' tersebut. Dengan ini mereka akan mendapat bayaran berdasarkan sambungan atau komisyen daripada jualan tersebut. Sesetengah website yang popular contohnya website berkaitan MP3, muzik, pengetahuan, buku, hobi atau apa sahaja yang mempunyai banyak peminat mampu memperolehi hingga 50 dollar US setiap bulan hanya daripada satu banner. Anda boleh kaya dengan syarat, mampu menghasilkan website yang sangat baik, boleh difahami oleh kesemua pelayar web (guna bahasa inggeris), tajuk yang menarik, banyak faedah apabila mengunjungi website anda dan banyak lagi.

Dimana anda ingin mempelajarinya? www.associateprograms.com , www.linkexchange.comwww.barnesandnoble.com/affiliate/ , www.affiliatezone.com,

BACK TO TOP

 

Tips membina halaman web yang 'terbaik!'

Untuk membina laman web yang baik (halaman ini tidak baik!) pastikan dahulu tujuan anda membina halaman tersebut sama ada perniagaan, suka-suka, perbincangan umum atau sebagainya. Jika ia lebih bercorak peribadi, maka seharusnya halaman web anda adalah 'simple' dan mudah difahami isi kandungannya. Bagi urusan yang lebih penting, gunakan sepenuhnya kemahiran grafik, kemahiran berkomunikasi dan sebagianya bagi menarik para pengunjung mengunjungi halaman anda. Berikan mereka panduan, link, khidmat percuma dan lain-lain lagi.

Untuk mendapat panduan selanjutnya, sila ke www.andyart.com , www.nowonder.com , http://www.geocities.com/SiliconValley/Lakes/8620/, www.killersites.com , www.zdnet.com

BACK TO TOP